klik untuk kembali

::Perkongsian Ilmu siri Ke Dua::

Dalam siri ke dua pula,perkongsian ilmu ini telah diadakan di Sk.Kubang kerian 2.Ikutilah sedutannya daripada Blog Sk.kubang Kerian 2:

Perkongsian Ilmu GPB/GPICT telah diadakan di Makmal Komputer SKKK2 dengan jayanya. Setiap peserta yang hadir telah mencurahkan ilmu ICT dengan berkongsi-kongsi ilmu dengan peserta-peserta lainnya. Banyak pengetahuan baru telah diperolehi terutamanya penggunaan ZOHO oleh Cikgu Zuhari B.Mohamed dan Adobe Photoshop oleh Cikgu Wan Ramlah Bt.Daud dari Sk.Kubang Kerian 1.Terima kasih juga atas sumbangan ilmu oleh Muharowang (Cikgu Ropi Beris Panchor), Shakh Khairi dari Padang Mokan, Cikgu Zaidi SK Kbg Kerian 3, Cikgu Tengku Norsilawaty dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ilmu ini.

Majlis ilmu ini diadakan secara cukup santai dan peserta mengikutinya pun dengan penuh relaks dan santai.Walaupun pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tidah dapat menyediakan badget makan minum peserta,namun berkat kerjasama yang padu daripada Guru Penyelaras Bestari,majlis ini terus berjalan dalam suasa yang cukup harmoni dan jelas mambayangkan betapa tingginya komitmen yang ditunjukkan oleh mereka dalam perkongsian ilmu ini.
Perkongsian Ilmu GPB/GPICT Siri ke 2 ini diadakan lanjutan drp siri perkongsian pertama yang diadakan di Sk.kubang Kerian 1 pada bulan Oktober 2009 lepas. Perkongsian Ilmu GPB/GPICT untuk siri-siri seterusnya akan diadakan pula di sekolah-sekolah lain pula mengikut permintaan ahli-ahli.Semoga perkongsian ini akan diteruskan lagi pada masa-masa mendatang.Semoga dunia pendidikan akan terus diwarnai dengan elemen-elemen ICT yang akan menceriakan dan mempertingkatkan proses P&P dalam merealisasikan pembudayaan ICT di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
Peserta sedang tekun mendengar penerangan daripada Cikgu Zuhari Muhamad mengenai Aplikasi ZOHO
Sedang mendengar penerangan daripada Muharowang...mengenai blog
Sekitar majlis perkongsian ilmu kali ke dua...

::Aktiviti perkongsian Ilmu GPB/GPICT-Siri Pertama::

Bagi siri pertama perkongsian ilmu ini,satu kursus Pembinaan Blog Akademik telah diadakan di Sk.Kubang Kerian 1.Ikuti sedutan yang diambil daripada Blog Sk.kubang Kerian 1:

Tanggal 28 Oktober 2009 satu kursus Pembinaan Blog Akademik sekolah telah diadakan kepada guru-guru penyelaras ict JPN Kelantan.Penceramahnya adalah Puan Zuriah Bt.Mohamed,manakala fasilitatornya adalah En.Mohd Ropi B.Awang dan En.Sufian B.Mat Nawi.Para peserta terdiri daripada 28 buah sekolah sekitar JPN Kota Bharu.Semoga kursus dan bengkel sebegini akan lebih memantapkan lagi penguasaan ICT di kalangan guru-guru penyelaras ICT atau penyelaras bestari.Diharapkan dengan kursus ini juga guru-guru ict dapat berkoloborasi antara satu dengan yang lain demi memantapkan lagi pengurusan ict di sekolah masing-masing.....Terima kasih diucapkan kepada Unit ICT Akademik,puan Zuriah Mohamed yang sentiasa sudi menghulurkan sumbangan sama ada daripada segi ilmu pengetahuan dan juga perbelanjaan kursus.

Pn.Zuriah Mohamed sedang membimbing para peserta Blog Akademik


Penceramah undangan...Ustaz Mohd Sufian Mohd Nawi dari Sk.Seri Chempaka


Begitu tekun para peserta mengikuti sesi bengkel sehingga waktu rehat pun sanggup menjamah makanan di hadapan komputer


Penceramah undangan...En.Mohd Ropi B.Awang atau nama penanya, Muharowang dari Sk.beris Panchor

Para peserta sempat bergambar kenangan bersama Puan Zuriah Mohamad dan penolong kanan Pentadbiran Skkk1-Puan Hjh Wan Rosnani Wan Hamat

::Perkongsian Ilmu GPB/GPICT::

Sekolah Bestari merupakan salah satu daripada tujuh Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia (1997, 2003 dan 2005) yang terdiri daripada Kad Pintar SerbaGuna, Sekolah Bestari, Teleperubatan, Kerajaan Elektronik Jaringan Pengilangan Sedunia, Pemasaran Tanpa Sempadan serta Kelompok R & D. Koridor Raya Multimedia disambung kepada Global Information Superhighway bertujuan untuk:
* memperoleh maklumat secara visual, teks serta suara yang dihantar dengan
cepat dalam kuantiti yang tidak terbatas.
* menggerakkan pemindahan teknologi khususnya teknologi digital,menjadikan R & D sebagai satu budaya untuk penghasilan produk baru dan perkhidmatan yang berkualiti.
Dokumen rasmi yang menjadi dasar Sekolah Bestari ialah Smart School Flagship
Application: The Malaysian Smart School A Conceptual Blueprint oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (1977).
Bagi menyahut seruan ke arah pembestarian sekolah ini,maka kami para Guru penyelaras bestari/Penyelaras ICT JPN Kelantan telah mengambil langkah yang proaktif untuk melengkapkan diri kami dengan pelbagai pengetahuan baru yang berkembang dengan begitu pesat atau lebih tepat lagi melengkapkan diri dalam arus ledakan teknologi maklumat,bersepakat untuk mengadakan sesi perkongsian ilmu.

About Me

perkongsian ilmu, percambahan minda, kolaborasi.