::Perkongsian Ilmu GPB/GPICT::
Sekolah Bestari merupakan salah satu daripada tujuh Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia (1997, 2003 dan 2005) yang terdiri daripada Kad Pintar SerbaGuna, Sekolah Bestari, Teleperubatan, Kerajaan Elektronik Jaringan Pengilangan Sedunia, Pemasaran Tanpa Sempadan serta Kelompok R & D. Koridor Raya Multimedia disambung kepada Global Information Superhighway bertujuan untuk:* memperoleh maklumat secara visual, teks serta suara yang dihantar dengan
cepat dalam kuantiti yang tidak terbatas.
* menggerakkan pemindahan teknologi khususnya teknologi digital,menjadikan R & D sebagai satu budaya untuk penghasilan produk baru dan perkhidmatan yang berkualiti.
Dokumen rasmi yang menjadi dasar Sekolah Bestari ialah Smart School Flagship
Application: The Malaysian Smart School A Conceptual Blueprint oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (1977).
Bagi menyahut seruan ke arah pembestarian sekolah ini,maka kami para Guru penyelaras bestari/Penyelaras ICT JPN Kelantan telah mengambil langkah yang proaktif untuk melengkapkan diri kami dengan pelbagai pengetahuan baru yang berkembang dengan begitu pesat atau lebih tepat lagi melengkapkan diri dalam arus ledakan teknologi maklumat,bersepakat untuk mengadakan sesi perkongsian ilmu.
About Me
- gurubestarikelantan
- perkongsian ilmu, percambahan minda, kolaborasi.
0 Responses to “::Perkongsian Ilmu GPB/GPICT::”: